:: MOTO KAMI ::

PENDEBAT BERWIBAWA MEMBINA KARISMA

Wednesday, March 11, 2009

BLOG BERSAWANG

Sekian lama laman sesawang (website) ni dibiarkan penuh dengan sawang, maka PENDETAR mula mengambil langkah untuk berusaha mengemaskini setiap masa... Mungkin dek kerana tuntutan masa untuk perkara tertentu, maka sesekali blog ini di letakkan ditepi...Namun itu bukan satu alasan untuk membiarkannya terkubur begitu sahaja...

Diharap blog ini akan sentiasa maju demi menjadi wahana informasi buat ahli-ahli PENDETAR agar dapat menyatukan kita semua membentuk pasukan yang boleh mewakili Universiti ini untuk menyertai debat yang dianjurkan khusus untuk institut pengajian tinggi...

Harapan pembentukan PENDETAR ini dapat menambahkan bilangan ahli dari semasa ke semasa walaupun ia bukanlah satu kerja yang mudah atau yang boleh dilakukan jika sekadar melepaskan batuk di tangga... Ia memerlukan kerjasama serta komitmen daripada pelbagai pihak khususnya daripada pihak pentadbiran UNITAR serta anggota masyarakat dalam kampus ini...

Objektif pembentukan PENDETAR sedari awal lagi bukanlah untuk melahirkan masyarakat (pelajar) yang hanya tahu bertelingkah atau pun menggunakan kemahiran yang ada untuk mengangkat diri ke tempat yang tinggi di kalangan mahasiswa/i lain di sini...Sebaliknya, ia dibentuk dengan harapan mampu melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai minda kelas pertama selaras dengan harapan Perdana Menteri Malaysia...

PENDETAR juga mempunyai misi untuk membantu ahli-ahlinya untuk meningkatkan keyakinan serta mempelajari teknik pengucapan umum... Di samping itu, perkongsian ilmu yang berkaitan dengan hal ehwal semasa akan menjadi satu contoh aktiviti yang bakal dijalankan... Aktiviti-aktiviti yang lain sedang dirancang untuk menggalakkan ahli-ahli PENDETAR lebih mengenali di antara satu sama lain...

Buat masa ini, PENDETAR dimaklumkan bahawa debat terdekat yang dijalankan adalah pada bulan Mei (Debat Integriti dan Debat Perpaduan) -tolong betulkan jika ada kesilapan... Namun, persediaan untuk menyertai pertandingan tersebut masih belum diadakan walhal IPT-IPT yang lain sudah memulakan persediaan mereka...

Justeru, amatlah diharapkan agar perjumpaan dapat diadakan dalam masa yang terdekat supaya PENDETAR dapat merancang dengan lebih baik aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun ini...

Selepas pertengahan tahun 2009 juga, seperti kelaziman tahun-tahun yang lepas, akan diadakan banyak pertandingan debat seperti debat alam sekitar, debat kemerdekaan, debat fomca dan lain-lain lagi... Dan yang pastinya, persediaan juga perlu diadakan dengan lebih awal supaya tidak kelam-kabut apabila masanya semakin tiba...

PENDETAR juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada senior-senior PENDETAR yang telah menamatkan pengajian serta telah memasuki alam pekerjaan... Sesungguhnya komitmen serta sokongan yang berterusan daripada anda amatlah diharapkan... Sekiranya mempunyai masa terluang, janganlah berasa segan untuk melawat adik-adik anda di sini...Kerana kiranya kecil tapak tangan, nyiru akan kami tadahkan...

Kritikan, komen untuk meningkatkan mutu PENDETAR sangatlah kami harapkan dan kami nantikan... Sesungguhnya kesudian anda sangatlah kami harapkan dan diucapkan jutaan terima kasih...

"Jika bukan di sini, Di mana lagi???, Jika bukan kita, Siapa lagi??? dan jika bukan sekarang, bila lagi???"--->>> "Di sinilah, Kitalah dan Sekaranglah masanya untuk kita mula melangkah ke hadapan..."

Semoga ketemu lagi... Assalamualaikum...