:: MOTO KAMI ::

PENDEBAT BERWIBAWA MEMBINA KARISMA

Tuesday, November 17, 2009



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Diucapkan selamat berjuang buat warga UNITAR khususnya PENDETAR...

Semoga berjaya mencapai kejayaan...

Monday, October 12, 2009

SOKONGAN PADU KEPADA DATO' AIZUDDIN!!!

PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI PENDETAR!

PADA TANGGAL 22 OKTOBER 2009 INI
SILA BERI KOMITMEN DAN KERJASAMA
UNTUK BERKUMPUL DI HADAPAN
STUDENT AFFAIRS DEPARTMENT
PADA JAM 6 Petang

KITA AKAN BERTOLAK KE Pusat Konvenyen Sime Darby, Kuala Lumpur
UNTUK MEMBERI SOKONGAN PADU
KEPADA YB DATO' AIZUDDIN
KERANA BELIAU TELAH BERJAYA
MARA KE PERTANDINGAN AKHIR PIDATO KESELAMATAN & MAHASISWA
Piala Menteri Pengajian Tinggi

Selamat Berjuang dan kami sentiasa memberikan sokongan...




forwarded from UNITAR's announcement

Dear All Students,

KIndly be informed that Aizuddin Bin Ghazali have successfully being chosen as one of the final contestant in "Pertandingan Akhir Pidato Keselamatan & Mahasiswa Peringkat Kebangsaan Piala Menteri Pengajian Tinggi"

Venue: Pusat Konvenyen Sime Darby, Kuala Lumpur

Date: 22 October 2009

Time: 8.00pm

For those who would like to be the supporters please gather Students Affairs Department at 6.00pm. Transportation will be provided and please be punctual.

The dress code for the supporters: Baju kurung for female students and formal attire for male students.

For further information please call me 0136698301 or email me jefry_ar@unitar.edu.my

Your cooperation is highly appreciated.

Thank you


Wednesday, September 30, 2009

UNDANGAN KE MAJLIS PERASMIAN UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (CITY CAMPUS)

Perhatian kepada semua ahli PENDETAR!!!

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri majlis perasmian pembukaan UNITAR City Campus di CapSquare, sila berikan nama anda kepada En. Jeff selewat-lewatnya hari Jumaat ini.

Tarikh: 9 Oktober 2009 = Jumaat
Pakaian:
  • Lelaki = baju melayu
  • Perempuan = baju kurung
Perasmian tersebut akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

Saturday, September 19, 2009

Salam Lebaran

PENDETAR ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua warga
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (setiap kampus)
serta rakan-rakan debat dari IPTA/S yang lain
dengan harapan
semoga hari raya kali ini penuh dengan kegembiraan dan mendapat keberkatan dari-Nya


Terimalah kad raya daripada kami yang tidak seberapa ini...


JANGAN MAIN MERCUN TAU KAWAN-KAWAN!!!
tak baik untuk kesihatan.... =P

Saturday, September 5, 2009

MESYUARAT TERGEMPAR PENDETAR

Satu mesyuarat tergempar akan diadakan mengikut ketetapan berikut ;

Tarikh : 06 September 2009
Masa : 10.00 am
Tempat : TR 13

Kehadiran adalah wajib...Terima kasih

UPDATE LOGO

Terima kasih buat Cik Rusniyati atas idea yang diberikan...Komen anda bagaimana???

Thursday, September 3, 2009

Saturday, August 29, 2009

BAZAR CLUB AND SOCIETY UNITAR

PERHATIAN SEMUA AHLI PENDETAR

PADA 09.09.09

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA KELOLAAN EXCO KELAB DAN PERSATUAN AKAN MEMBUKA GERAI/BOOTH UNTUK SETIAP KELAB DAN PERSATUAN BAGI MEMBERI PELUANG MAHASISWA/I UNITAR UNTUK MENDAFTAR DALAM PERSATUAN DAN KELAB YANG INGIN MEREKA SERTAI.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PENDETAR MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENYERTAINYA BAGI MENDAPATKAN AHLI-AHLI BARU DALAM PENDETAR.

JUSTERU, SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJAGA GERAI/BOOTH BOLEHLAH MEMBERITAHU SECEPAT MUNGKIN. SERAMAI 5 ORANG DIPERLUKAN!!!

BAGI YANG BERMINAT, ANDA DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN WANG RM20.00 UNTUK T-SHIRT YANG DISEDIAKAN OLEH MPM DEMI KESERAGAMAN SEMUA AHLI YANG MENJAGA GERAI TERSEBUT.

KERJASAMA ANDA AMATLAH DIPERLUKAN....

SEKIAN DAN TERIMA KASIH...

Sunday, August 9, 2009

USUL DEBAT KEMERDEKAAN 2009

CADANGAN USUL DEBAT KEMERDEKAAN 2009.

GAGASAN SATU MALAYSIA.

  1. Kita perlukan 1 Malaysia
  2. Satu Malaysia Asas Perpaduan
  3. Satu Malaysia : Penerusan Bukan Pembaharuan
  4. Satu Malaysia : Rakyat Penentu Pencapaian
  5. Gagasan 1 Malaysia : Pemangkin Pembangunan Negara

POLITIK.

  1. Kekalutan politik memecahbelahkan rakyat.
  2. Negara bangsa : Kita semakin jelas.
  3. Semangat patriotisme penentu kejayaan Negara.
  4. Politik baru, resipi kelestarian negara.
  5. Politik kampus menjadikan mahasiswa lebih berintegriti
  6. Pengundi Malaysia masih belum bijak
  7. Pemimpin kita tidak menghayati sejarah
  8. Negara memerlukan lebih ramai pemimpin wanita

PENDIDIKAN.

  1. Kembali ke bahasa melayu : keputusan terbaik kita.
  2. Pendidikan sivik dan kewarganegaraan melahirkan pelajar patriotik
  3. Sekolah satu aliran wadah pembentukan Negara bangsa.
  4. Matapelajaran sejarah perlu dipanjangkan.
  5. Memupuk semangat perpaduan: tanggungjawab sekolah.

ISU KEMERDEKAAN.

  1. Kemerdekaan Negara dihargai
  2. Sambutan hari kemerdekaan hanya ikut-ikutan.
  3. Kemerdekaan membawa kebebasan.

SOSIAL.

  1. Integriti membina perpaduan.
  2. Perpaduan asas mencapai status Negara maju.
  3. Media alternatif mengancam perpaduan.
  4. Upin dan Ipin: menifestasi perpaduan kita.
  5. Bandaraya warisan dunia: Simbol Penghayatan Sejarah.
  6. Semangat Patriotisme : Industri Perfileman perlu lebih aktif.
  7. Kita perlu lebih liberal demi perpaduan.
  8. Isu Perpaduan, pihak swasta lepas tangan
  9. Sejarah kita disalah guna
  10. Khazanah Arkib : Kenal tapi tak cinta

EKONOMI.

  1. Subsidi masih relevan.
  2. Wilayah pembangunan ekonomi: hangat-hangat tahi ayam.
  3. Krisis ekonomi mengugat kestabilan perpaduan negara

Friday, August 7, 2009

Debat Kemerdekaan 2009

Maka dengan ini.....

DIUMUMKAN
Debat Kemerdekaan 2009 akan diadakan di
USIM, Nilai, Negeri Sembilan
Pada 14 Ogos - 18 Ogos 2009

Didoakan semoga team PENDETAR yang berjuang kali ini akan bertempur dengan jayanya! =)

Nak bahan-bahan???
Nanti minta daripada presiden & setiausaha kesayangan kita yeee..... =P

SELAMAT BERJUANG!!!

Wednesday, July 15, 2009

Mari-mari!!!! Jualan Murah!!! =P

IKLAN SEKADAR GIMIK...... =P
hehehehe...

JANGAN ANDA CEPAT TERPENGARUH dengan tajuk di atas ye...


Perkara sebenar yang ingin diberitahu ialah:

Pada 18 Julai 2009 bersamaan hari Sabtu ini akan diadakan perjumpaan ahli PENDETAR.
Kedatangan anda adalah WAJIB.
Sila bawa bahan masing-masing pada jam 10.00 pagi.
Tempat akan ditentukan kemudian.
Yang penting datang dulu ok!! =)


KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI
PENDEBAT BERWIBAWA MEMBINA KARISMA

Sunday, June 28, 2009

Kabinet Rasmi PENDETAR 2009/2010

PENDEBAT BERWIBAWA MEMBINA KARISMA

Pengerusi
  • YB Dato' Joshua

Timbalan Pengerusi
  • YB Dato' Noyihin Binti Sangkong

Setiausaha
  • YB Dato' Nur 'Afifah Binti Mohamed Najib

Ketua Pasukan
  • YB Dato' Fatin Amirah Binti Iskhandar

AJK Publisiti
  • YB Dato' Aizuddin

AJK Data & Maklumat
  • YB Dato' Siti Nor Khalida

AJK Latihan & Unit Luar
  • YB Dato' Kalai
  • YB Dato' Zaidatul

AJK Rekaan Grafik
  • YB Dato' Haddie

Ahli-ahli
  • YB Dato' Hatta
  • YB Dato' Haniza
  • YB Dato' Ariel
  • YB Dato' Nurul Kamariah
  • YB Dato' Jushua Meta
  • YB Dato' Hazrin
  • YB Dato' Randeep Sigh
  • YB Dato' Intan Asmira
  • YB Dato' Syaril Azam Hisham

Senator

  • YB Dato' Nurhidayati
  • YB Dato' Nurul Huda


Yang di-Pertua Dewan yang Adil lagi Disayangi:
  • YB Dato' Jefry Bin Abdul Rahman
  • YB Dato' Rusniyati
  • YB Dato' Sufian

Tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik!!!
Semoga PENDETAR terus aktif dan tidak putus-putus melakar nama mengharumkan universiti tercinta!!

HIDUP UNITAR!!!

Thursday, June 25, 2009

PENGUMUMAN

Kepada PENDETAR...

Perjumpaan akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Jun 2009

Masa : 11.30 am hingga selesai

Tempat : Akan ditetapkan kemudian...

Sila buat persediaan untuk :

i)Post-Mortem

ii) Cadangan untuk lawatan PENDETAR

iii) Cadangan design untuk baju PENDETAR dan Logo PENDETAR

iv) Pemilihan AJK PENDETAR

v) Lain-lain perkara...

KEHADIRAN ADALAH WAJIB

Usul Debat Alam Sekitar 2009

Pusingan 1:PENEROKAAN HUTAN MEMBAWA FAEDAH

Pusingan 2: PENGGUNAAN PEMBUNGKUS PLASTIK PERLU DIHARAMKAN

Pusingan 3: "EARTH HOUR" PERLU DITERUSKAN

Pusingan 4: KERETA HIBRID HANYA MENGUNTUNGKAN PENGELUARNYA

Pusingan 5: DUNIA MEMERLUKAN TEKNOLOGI BIOFUEL

Pusingan 6: PERDAGANGAN KARBON MENJUAL ALAM SEKITAR

PUSINGAN SUKU AKHIR: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR LEBIH EFEKTIF DARIPADA INSENTIF EKONOMI

PUSINGANSEPARUH AKHIR: PENCINTA ALAM SEKITAR CUMA BERTEPUK SEBELAH TANGAN

PUSINGAN AKHIR: MASALAH ALAM SEKITAR : AGENDA POLITIK MESRA ALAM ADALAH JAWAPANNYA.
P/S : Tolong inform sekiranya ada kesilapan...Terima kasih dan selamat berjuang

Wednesday, June 3, 2009

Senarai Usul Debat Perpaduan & Integrasi Nasional 2009

1. Memartabatkan Bahasa Malaysia : PPSMI Wajar Dihapuskan
2. Demi Kestabilan Negara, ISA Perlu Dipertahankan
3. Perpaduan Kaum: Teras Gagasan 1 Malaysia
4. Blog Menjejaskan Keharmonian Kaum
5. 52 Tahun Merdeka: Penggunaan Bahasa Malaysia Terus Diperkasakan
6. Kekerapan Pilihanraya Kecil: Agenda Politik Semata
7. Perlembagaan Kita Sudah Tidak Lagi Dijunjung
8. Perpaduan Kaum Bukan Sekadar Retorik
9. Mahasiswa Penggerak Utama 1 Malaysia
10. Integrasi Nasional Asas Pembangunan Negara
11. Rukun Negara Hanya Hafalan, Bukan Amalan
12. Isu Perpaduan : Wawasan 1 Malaysia Adalah Jawapannya
13. Rakyat Perlu Lebih Peka Dalam Menangani Isu Perpaduan
14. Undang-undang Kita Mampu Menangani Masalah Perpaduan Nasional
15. Masalah Perpaduan Negara: Ahli Politik Puncanya
16. Senario Politik Semasa Menggugat Semangat Perpaduan
17. Perpaduan Menjamin Kemajuan Negara
18. Ancaman Subversif : ISA Penawarnya
19. Demi Perpaduan : Sekolah Jenis Kebangsaan Wajar Dihapuskan
20.Latihan Khidmat Negara : Strategi Berkesan Memupuk Semangat Patriotisme
21. Media Lebih Mementingkan Keuntungan Daripada Kestabilan Negara
22. Demi Keharmonian Negara, Kewujudan Media Alternatif Wajar Disekat
23. Isu Perpaduan Kaum Perlu Ditangani Secara Terbuka
24. Pengukuhan Penggunaan Bahasa Inggeris Tidak Menggugat Jatidiri Rakyat Malaysia
25. Ketidakseimbangan Etnik Dalam Sektor Swasta: Salah Mereka
26. Perpaduan Kaum Semakin Meningkat Selepas 52 Tahun Negara Merdeka
27. Kestabilan Ekonomi Lebih Penting Daripada Kestabilan Politik Untuk Mencapai
Perpaduan Nasional
28. Perpaduan Negara : Ancaman Dari Luar Negara Lebih Merbahaya
29. Pembahagian Kekayaan Negara : Tiada Kaum Yang Terpinggir
30. Demontrasi Jalanan Menggugat Kestabilan Negara
31. Kepelbagaian Rakyat Malaysia Aset Negara
32. Institusi Keluarga Gagal Menyemai Semangat Perpaduan
33. Malaysia Adalah Model Terbaik Dalam Menguruskan Hubungan Kaum
34. Globalisasi Menggugat Jati Diri Generasi Muda

Tuesday, June 2, 2009

PERHATIAN !!!

Ahli-ahli PENDETAR diminta menghadirkan diri ke perjumpaan bersama Cik Rusniyati pada esok hari 03 Jun 2009 bertempat di CFLGS jam 9.00 a.m.

Sekian dan Terima kasih
AKAN DATANG.....

PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN 2009

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
12 - 16 Jun 2009

PERTANDINGAN DEBAT KEPENGGUNAAN FOMCA
Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM)
19 Jun 2009

USUL DEBAT PENGGUNA 09 (UTHM)

1. AKTA Orang Kurang Upaya 2008: Meningkatkan kualiti hidup orang kurang upaya (OKU)
2. Tempat kerja tidak mesra OKU punca pengangguran OKU
3. Tanggungjawab sosial meningkatkan pelaburan asing di Malaysia
4. Krisis ekonomi mengancam kualiti dan keselamatan produk
5. Punca utama kesesakan lalu lintas adalah perancangan bandar yang lemah
6. Pengguna di Malaysia tidak peka masalah alam sekitar
7. Iklan hanya meningkatkan penggunaan yang tidak lestari
8. Agenda 21 tempatan berjaya di Malaysia
9. Nuklear sumber tenaga alternatif terbaik
10. Tanggungjawab sosial sekadar gimik perhubungan awam
11. Bahan api bio punca kekurangan makanan dunia
12. Polisi tenaga kerja di Malaysia: tidak peka gender
13. Pengguna Malaysia tidak pentingkan keselamatan makanan
14. Graduan Malaysia tidak peka penggunaan lestari
15. Institusi kewangan wajar didik perbelanjaan berhemat
16. Makanan terubah suai genetik (GMF) jawapan krisis makanan
17. Iklan makanan ringan untuk kanak-kanak wajib diharamkan
18. Undang-undang penyelesaian dalam mengurangkan gas rumah hijau
19. Sistem penguatkuasaan keselamatan makanan di Malaysia tidak efektif
20. Langkah mitigasi di Malaysia terhadap kesan perubahan cuaca tidak berkesan
21. Pengurusan sampah 3R sangat berkesan
22. Punca kekurangan air bersih di lembah Klang adalah kerana pencemaran sungai
23. Penggunaan botol plastik untuk kanak-kanak harus diharamkan
24. Pembangunan tanah di kawasan lereng punca tanah runtuh
25. Penguatkuasaan undang-undang mengatasi masalah sisa elektrik dan elektronik
26. Pensijilan makanan laut lestari memastikan sumber makanan laut berterusan

Wednesday, March 11, 2009

BLOG BERSAWANG

Sekian lama laman sesawang (website) ni dibiarkan penuh dengan sawang, maka PENDETAR mula mengambil langkah untuk berusaha mengemaskini setiap masa... Mungkin dek kerana tuntutan masa untuk perkara tertentu, maka sesekali blog ini di letakkan ditepi...Namun itu bukan satu alasan untuk membiarkannya terkubur begitu sahaja...

Diharap blog ini akan sentiasa maju demi menjadi wahana informasi buat ahli-ahli PENDETAR agar dapat menyatukan kita semua membentuk pasukan yang boleh mewakili Universiti ini untuk menyertai debat yang dianjurkan khusus untuk institut pengajian tinggi...

Harapan pembentukan PENDETAR ini dapat menambahkan bilangan ahli dari semasa ke semasa walaupun ia bukanlah satu kerja yang mudah atau yang boleh dilakukan jika sekadar melepaskan batuk di tangga... Ia memerlukan kerjasama serta komitmen daripada pelbagai pihak khususnya daripada pihak pentadbiran UNITAR serta anggota masyarakat dalam kampus ini...

Objektif pembentukan PENDETAR sedari awal lagi bukanlah untuk melahirkan masyarakat (pelajar) yang hanya tahu bertelingkah atau pun menggunakan kemahiran yang ada untuk mengangkat diri ke tempat yang tinggi di kalangan mahasiswa/i lain di sini...Sebaliknya, ia dibentuk dengan harapan mampu melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai minda kelas pertama selaras dengan harapan Perdana Menteri Malaysia...

PENDETAR juga mempunyai misi untuk membantu ahli-ahlinya untuk meningkatkan keyakinan serta mempelajari teknik pengucapan umum... Di samping itu, perkongsian ilmu yang berkaitan dengan hal ehwal semasa akan menjadi satu contoh aktiviti yang bakal dijalankan... Aktiviti-aktiviti yang lain sedang dirancang untuk menggalakkan ahli-ahli PENDETAR lebih mengenali di antara satu sama lain...

Buat masa ini, PENDETAR dimaklumkan bahawa debat terdekat yang dijalankan adalah pada bulan Mei (Debat Integriti dan Debat Perpaduan) -tolong betulkan jika ada kesilapan... Namun, persediaan untuk menyertai pertandingan tersebut masih belum diadakan walhal IPT-IPT yang lain sudah memulakan persediaan mereka...

Justeru, amatlah diharapkan agar perjumpaan dapat diadakan dalam masa yang terdekat supaya PENDETAR dapat merancang dengan lebih baik aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun ini...

Selepas pertengahan tahun 2009 juga, seperti kelaziman tahun-tahun yang lepas, akan diadakan banyak pertandingan debat seperti debat alam sekitar, debat kemerdekaan, debat fomca dan lain-lain lagi... Dan yang pastinya, persediaan juga perlu diadakan dengan lebih awal supaya tidak kelam-kabut apabila masanya semakin tiba...

PENDETAR juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada senior-senior PENDETAR yang telah menamatkan pengajian serta telah memasuki alam pekerjaan... Sesungguhnya komitmen serta sokongan yang berterusan daripada anda amatlah diharapkan... Sekiranya mempunyai masa terluang, janganlah berasa segan untuk melawat adik-adik anda di sini...Kerana kiranya kecil tapak tangan, nyiru akan kami tadahkan...

Kritikan, komen untuk meningkatkan mutu PENDETAR sangatlah kami harapkan dan kami nantikan... Sesungguhnya kesudian anda sangatlah kami harapkan dan diucapkan jutaan terima kasih...

"Jika bukan di sini, Di mana lagi???, Jika bukan kita, Siapa lagi??? dan jika bukan sekarang, bila lagi???"--->>> "Di sinilah, Kitalah dan Sekaranglah masanya untuk kita mula melangkah ke hadapan..."

Semoga ketemu lagi... Assalamualaikum...

Thursday, January 29, 2009

Penjenamaan Semula 2009

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kelab Debat UNITAR kini ditukarkan namanya menjadi PENDETAR yang membawa maksud
Pendebat Universiti Tun Abdul Razak.
Pendetar berharap dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengucapan awam terutamanya dalam dunia debat.
PENDETAR ibarat bayi yang baru belajar untuk merangkak sebelum dapat berjalan dan berlari,
maka PENDETAR berharap agar mendapat tunjuk ajar serta bimbingan daripada individu yang boleh membantu dengan seikhlas hati.
Sebarang informasi atau maklumbalas bolehlah di berikan melalui chatbox atau ke email :
Terima kasih dan semoga dapat memperolehi kejayaan bersama-sama.