:: MOTO KAMI ::

PENDEBAT BERWIBAWA MEMBINA KARISMA

Saturday, August 29, 2009

BAZAR CLUB AND SOCIETY UNITAR

PERHATIAN SEMUA AHLI PENDETAR

PADA 09.09.09

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA KELOLAAN EXCO KELAB DAN PERSATUAN AKAN MEMBUKA GERAI/BOOTH UNTUK SETIAP KELAB DAN PERSATUAN BAGI MEMBERI PELUANG MAHASISWA/I UNITAR UNTUK MENDAFTAR DALAM PERSATUAN DAN KELAB YANG INGIN MEREKA SERTAI.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PENDETAR MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENYERTAINYA BAGI MENDAPATKAN AHLI-AHLI BARU DALAM PENDETAR.

JUSTERU, SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJAGA GERAI/BOOTH BOLEHLAH MEMBERITAHU SECEPAT MUNGKIN. SERAMAI 5 ORANG DIPERLUKAN!!!

BAGI YANG BERMINAT, ANDA DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN WANG RM20.00 UNTUK T-SHIRT YANG DISEDIAKAN OLEH MPM DEMI KESERAGAMAN SEMUA AHLI YANG MENJAGA GERAI TERSEBUT.

KERJASAMA ANDA AMATLAH DIPERLUKAN....

SEKIAN DAN TERIMA KASIH...

Sunday, August 9, 2009

USUL DEBAT KEMERDEKAAN 2009

CADANGAN USUL DEBAT KEMERDEKAAN 2009.

GAGASAN SATU MALAYSIA.

  1. Kita perlukan 1 Malaysia
  2. Satu Malaysia Asas Perpaduan
  3. Satu Malaysia : Penerusan Bukan Pembaharuan
  4. Satu Malaysia : Rakyat Penentu Pencapaian
  5. Gagasan 1 Malaysia : Pemangkin Pembangunan Negara

POLITIK.

  1. Kekalutan politik memecahbelahkan rakyat.
  2. Negara bangsa : Kita semakin jelas.
  3. Semangat patriotisme penentu kejayaan Negara.
  4. Politik baru, resipi kelestarian negara.
  5. Politik kampus menjadikan mahasiswa lebih berintegriti
  6. Pengundi Malaysia masih belum bijak
  7. Pemimpin kita tidak menghayati sejarah
  8. Negara memerlukan lebih ramai pemimpin wanita

PENDIDIKAN.

  1. Kembali ke bahasa melayu : keputusan terbaik kita.
  2. Pendidikan sivik dan kewarganegaraan melahirkan pelajar patriotik
  3. Sekolah satu aliran wadah pembentukan Negara bangsa.
  4. Matapelajaran sejarah perlu dipanjangkan.
  5. Memupuk semangat perpaduan: tanggungjawab sekolah.

ISU KEMERDEKAAN.

  1. Kemerdekaan Negara dihargai
  2. Sambutan hari kemerdekaan hanya ikut-ikutan.
  3. Kemerdekaan membawa kebebasan.

SOSIAL.

  1. Integriti membina perpaduan.
  2. Perpaduan asas mencapai status Negara maju.
  3. Media alternatif mengancam perpaduan.
  4. Upin dan Ipin: menifestasi perpaduan kita.
  5. Bandaraya warisan dunia: Simbol Penghayatan Sejarah.
  6. Semangat Patriotisme : Industri Perfileman perlu lebih aktif.
  7. Kita perlu lebih liberal demi perpaduan.
  8. Isu Perpaduan, pihak swasta lepas tangan
  9. Sejarah kita disalah guna
  10. Khazanah Arkib : Kenal tapi tak cinta

EKONOMI.

  1. Subsidi masih relevan.
  2. Wilayah pembangunan ekonomi: hangat-hangat tahi ayam.
  3. Krisis ekonomi mengugat kestabilan perpaduan negara

Friday, August 7, 2009

Debat Kemerdekaan 2009

Maka dengan ini.....

DIUMUMKAN
Debat Kemerdekaan 2009 akan diadakan di
USIM, Nilai, Negeri Sembilan
Pada 14 Ogos - 18 Ogos 2009

Didoakan semoga team PENDETAR yang berjuang kali ini akan bertempur dengan jayanya! =)

Nak bahan-bahan???
Nanti minta daripada presiden & setiausaha kesayangan kita yeee..... =P

SELAMAT BERJUANG!!!