Edisi ke-20 Pertandingan Debat Alam Sekitar 2010 telah dijadualkan akan berlangsung pada 15 Julai 2010 hingga 19 Julai 2010 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu. Berikut merupakan usul bagi pertandingan tersebut :
PERINGKAT AWAL
Pusingan 1 :
Teknologi Hijau Melestarikan Alam Sekitar
Pusingan 2 :
Isu Alam Sekitar : NGO Menangguk Di Air Yang Keruh
Pusingan 3 :
Prasarana Terbina, Alam Sekitar Merana
Pusingan 4 :
Program Mekanisme Pembangunan Bersih (CDM) Lebih Menguntungkan Syarikat Daripada Alam Sekitar
Pusingan 5:
Penggunaan Air Tanah Membawa Bencana Kepada Alam Sekitar
Pusingan 6 :
Pengurusan Buangan Elektrik Dan Elektronik (e-Waste) Berjaya Dilaksanakan
PERINGKAT SUKU AKHIR
Gaya Hidup Mesra Alam, Ibarat Hidup Segan Mati Tak Mahu
PERINGKAT SEPARUH AKHIR
Kita Perlu Teknologi Terkini Untuk Menyelesaikan Pencemaran Air
PERINGKAT AKHIR
Penguatkuasaan Undang-undang Lebih Berkesan Daripada Pemantapan Kesedaran Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar
Terima Kasih.
Oleh :
Jawatankuasa Pelaksana
Pertandingan Debat Alam Sekitar 2010
No comments:
Post a Comment