:: MOTO KAMI ::

PENDEBAT BERWIBAWA MEMBINA KARISMA

Monday, January 24, 2011

Keputusan pra-Debat Integriti 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, dan salam integriti saya titipkan buat anda semua.

Setelah sebulan lebih kita berehat dari latihan debat, pada hari selasa bersamaan 18 Januari 2011, telah berlangsung latihan debat integriti yang pertama (nama glamournya pra-Debat Integriti), bagi memulakan rutin latihan kita untuk tahun 2011 ini.

Di bawah saya nyatakan butiran persidangan yang telah berjaya kita laksanakan.

Usul : Pendidikan Integriti Lebih Berkesan Di Sekolah

Pintar Kampus (Kerajaan) :

Perdana Menteri - YB Ifa

Timbalan Perdana Menteri - YB Fendi

Menteri Pertahanan - YB Zahida

Razak Kampus (Pembangkang) :

Ketua Pembangkang - YB Jj

Timbalan Ketua Pembangkang - YB Shariffudin

Pembangkang Pertama - YB Afiq

Juri 2-1, Margin 2, Usul Diterima (Kerajaan menang)

Pendebat terbaik : YB Zahida (TAHNIAH!)

Komen keseluruhan juri : Rata-rata prestasi pendebat meningkat dan mengkagumkan serta masih perlu dibaiki untuk mendapatkan persembahan yang lagi mantap. Tahniah!

Latihan tidak dihentikan begitu sahaja. Bahkan masih terus dijalankan pada keesokan harinya iaitu pada hari rabu bersamaan 19 Januari 2011.

Berikut merupakan butiran lanjut mengenainya;

Usul : Jaringan Sosial di Internet : Satu Ketagihan

Kerajaan :

Perdana Menteri - YB Fendi

Timbalan Perdana Menteri - YB Afiq

Menteri Pertahanan - YB Hasman (menggantikan YB Nas yang tidak dapat hadirkan diri)

Pembangkang :

Ketua Pembangkang - YB Ifa

Timbalan Ketua Pembangkang - YB Cassidy

Pembangkang Pertama - YB Zahida

Pendebat terbaik : YB Hasman (mengikut purata komen juri untuk setiap pendebat)

Komen keseluruhan juri : Perdebatan yang menarik. Ada peningkatan persembahan dan penurunan persembahan tetapi rata-ratanya meningkat. Tahniah!

Latihan seterusnya akan dijalankan pada hari jumaat bersamaan 21 Januari 2011.

Pendebat yang akan bersidang ialah :

Kerajaan :

1. YB Vasagi

2. YB Riduan

3. YB Hasman

Pembangkang :

1. YB Fendi

2. YB Arif

3. YB Afiq

Semoga anda dapat bersedia ya!

Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada semua pendebat yang berjaya bersidang dalam kedua-dua persidangan tersebut.

Dengan komitmen dan usaha yang dicurahkan, sudah pasti anda akan menempa kejayaan yang besar.

Orang yang rajin berusaha, dialah yang akan mendapat hasil yang setimpal dengan usahanya itu.

Kepada pendebat-pendebat lain, jangan jadikan kesibukan kita sebagai alasan untuk tidak memantapkan diri dalam debat.

Melihat kepada persembahan yang ditunjukkan oleh setiap pendebat, yakinlah bahawa anda telah berjaya mencabar diri anda dan meningkatkan keyakinan diri untuk maju.

Percayalah bahawa anda juga akan merangkul kejayaan seperti diva-diva agung yang lain dalam arena debat antara ipt seluruh Malaysia ini.

Anda buat, anda dapat.

Sekian, Selamat Maju Jaya.

No comments: